Thursday 3 September 2015

JAGADISH A/L GANESAN
16DPR15F1043
 WONG XI XIANG
16DPR15F1039
 KUEK WEI JUN
16DPR15F1034
DENISH KUMAR A/L VIJIAY KUMAR
16DPR15F1991

Tuesday 25 August 2015

PERSEKUTUAN MALAYSIA


  • Dikenali sebagai Malaysia.
  • Negeri-negeri Persekutuan termasuklah Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak , Selangor dan Terengganu.
  • Negeri Kuala Lumpur dan Selangor diasingkan untuk dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Wilayah Persekutuan Labuan dipisahkan dari Negeri Sabah.
  • Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Persekutuan.
  • Agama rasmi kepada Persekutuan(MALAYSIA) ialah ISLAM.
  • Ketua tertinggi bagi Persekutuan ialah YANG DI-PERTUAN AGONG.




PENGASINGAN KUASA DI DALAM MALAYSIA

  1. BADAN PERUNDANGAN(LEGISLATIF)
    Menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa lain.
  2. BADAN EKSEKUTIF(EKSEKUTIF)
    Menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang.
  3. BADAN KEHAKIMAN(JUDISIARI)
    Mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa yang diberikan dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.

TUJUAN PENGASINGAN KUASA

  • Mengelakkan pertindahan bidang kuasa.
  • Mengelakkan penyalahaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu.
  • Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan yang lain.




BADAN PERUNDANGAN(LEGISLATIF)






*Badan Legislatif Peringkat Persekutuan.



*Struktur Parlimen Malaysia




PARLIMEN

  • Parlimen ialah Badan Perundangan bagi Kerajaan Persekutuan dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
  • Parlimen boleh meluluskan undang-undang :
    a)persekutuan.
    b)membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan.
    c)memeriksa dasar-dasar kerajaan.

DEWAN NEGARA

  • Bilangan Ahli Dewan Negara:
    -Tidak boleh melebihi daripada 70 orang ahli SENATOR.
  • 2 anggota yang dilantik dari setiap negeri, 2 anggota yang dilantik dari Wilayah Persekutuan dan 40 anggota yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
  • Keanggotaan Dewan Negara tidak melebihi 3 tahun dan tempoh maksimum 2 penggal dan Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

KELAYAKAN MENJADI SENATOR

  • Mesti warganegara MALAYSIA.
  • Berumur 30tahun ke atas.
  • Sempurna Akal.
  • Bukan seorang muflis.

FUNGSI

Boleh menangguh serta meluluskan rang undang-undang perlembagaan dan pindaan akta
  yang dibuat oleh Dewan Rakyat tapi tidak berkuasa menolak.
Tidak boleh menangguhkan rang undang-undang lebih dari setahun dan rang undang-undang
  kewangan melebihi sebulan.
Tidak boleh membuat pindaan jika tidak dipersetujui Dewan Rakyat.
Tidak boleh membahaskan idoelogi parti politik.
Boleh melarang ahlinya daripada menghadiri persidangan.

DEWAN RAKYAT

  • Dianggotai sebanyak 222orang ahli(kerusi) ataupun mewakili satu kawasan pilihan raya.
  • KELAYAKAN:
    a)Warganegara Malaysia
    b)Berumur 21 keatas
    c)Sempurna Akal
    d)Tidak Muflis
    e)Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan Dewan Negara dan Dewan Rakyat serentak.

PEMILIHAN MENJADI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI

a)Warganegara dan pemastautin negeri berkenaan
b)
berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
c)T
idak memegang jawatan berpendapatan.
d)
Tidak muflis.
e)
Tidak gila atau berpenyakit.


FUNGSI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI



  •  membahaskan titah ucapan diraja,belanjawan negeri dan rang undang-undang.
  •  forum untuk membahaskan hal kerajaan dan rakyat dalam negeri.
  • Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada DUN serta mencadangkan sebarang pindaan yang bersesuaian.
  •  Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri dengan membangkitkan isu-isu tertentu dan mengurangkan rungutan semasa prosiding DUN.
  • meminda undang-undang negeri atau perlembagaan negeri.


BADAN EKSEKUTIF(EKSEKUTIF)

  • Badan eksekutif merupakan badan pembuat dasar Kerajaan Persekutuan.  Ia juga bertindak melaksanakan kuasa Kerajaan Persekutuan. 
  • Yang di-Pertuan Agong.bertindak atas nasihat Kabinet atau Perdana Menteri
  • merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif.
Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinet.

JEMAAH MENTERI

  • diketuai oleh Perdana Menteri  dan 28 orang Menteri lain.  
  • terdiri daripada mereka yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen.
  • ditentukan melalui proses pilihanraya yang merupakan teras kepada amalan demokrasi berparlimen.


TUGAS-TUGAS KABINET

  • Mentadbirkan Kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan
  •  Membuat dasar kerajaan
  • Memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat
  • Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan membina sebuah kerajaan yang cekap dan efektif
  •  Mengendalikan sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat

Perdana Menteri

1 Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara baginda dan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a) Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat
(b) Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Rakyat
(c) Kewarganegaraan Perdana Menteri mesti diperoleh melalui kuat kuasa undang-undang
2 Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan.
3 Perdana Menteri juga ketua eksekutif negara melaksanakan kuasa eksekutif sementara
kuasa eksekutif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
4 Tugas-tugas Perdana Menteri adalah seperti berikut:
(a)menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
(b) menamakan senarat menteri Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
(c) menyelaraskan semua dasar negara
(d) menjadi jurucakap dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam negara
(e) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen apabila sampai tempohnya

Pemecatan Perdana Menteri

1 Pemecatan Perdana Menteri boleh dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri oleh 2/3 ahli Dewan Rakyat.
2 Jika Dewan Rakyat meluluskan usul tidak percaya itu, Perdana Menteri mempunyai dua pilihan, iaitu:
(a) meletakkan jawatan; atau
(b) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan.

Rujukan:



Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I.Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor.


TUGAS KEMENTERIAN

a)Merancang  rancangan membangunan
b)Gubal dasar kerajaan
c)Menyelaras rancangan pembangunan

BIDANG KUASA PERSEKUTUAN

a)Hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.
b)Dipanggil  senarai

BIDANG KUASA NEGERI

a)Hanya Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya
b)Dipanggil Senarai Bersama
BIDANG KUASA PERSEKUTUAN + NEGERI
a)Hanya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negerimempunyai kuasa terhadapnya
b)Dipanggil Senarai Bersama

BADAN KEHAKIMAN


kebebasan badan kehakiman

a)Tidak memihak kepada sesiapa
b)Mempunyai kebebasan yang tersendiri
c)Tidak dikenakan kawalan oleh Badan Perundangan /pihak eksekutif
d)Hakim tidak boleh dipecat kecuali kerana perkara 125(3)
e)Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan  dalam      parlimen kecuali usul daripada ahli parlimen
f)Maksimum umur jadi hakim ialah 65 tahun atau 66  tahun

pelantikan hakim

a)Dilantik oleh YDPA dengan nasihat PM
b)Urusan pelantikan,kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan      mereka di bawah kuasa YDPA
c)Hakim tidak dibenarkan berpolitik untuk melindungi hakim  daripada pengaruh politik


fungsi badan kehakiman


a)Memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan      ditegakkan mengikut peruntukan undang-undang.

kuasa BADAN kehakiman

a)Sebagai pengadil
b)Mahkamah Atasan/Rendah
c)Mendengar dan dan menentukan perkara sivil yang berkaitan   dengan saman-lazimnya perlukan affidavit
d)Mendengar dan menentukan perkara jenayah yang melibatkan    kanun kesiksaan
e)Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan    Perlembagaan Negeri


*Struktur Mahkamah di Malaysia

sistem mahkamah

a)Individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah       boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi


bidangkuasa mahkamah persekutuan

a)Meluluskan rang undang-undang yang digubal oleh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri

bidangkuasa mahkamah tinggi

a)Semua kes yang melibatkan hukuman mati
b)Melebihi kuasa mahkamah rendah

bidangkuasa mahkamah sesyen

a)Semua kes yang tidak melibatkan hukuman mati
b)Denda antara RM25000 hingga RM100,000

bidangkuasa mahkamah majistret

a)Semua kes yang < penjara 5 tahun
b)Denda RM10000
c)Kes awam (RM25000)

bidangkuasa mahkamah kanak2

a)Melibatkan pesalah remaja bawah umur 18 tahun.

bidangkuasa mahkamah penghulu

a)Kes sivil yang nilainya tidak melebihi RM50b)Kes jenayah yang dendanya tidak melebihi RM25

bidangkuasa mahkamah adat negeri

a)Kes-kes yang melibatkan kesalahan melanggar undang-undang adat





\





f




              


*